Monday 26 March 2012

Return Of Investment

Salam..

Return of Investment dalam konteks perniagaan maksudnya pulangan dari pelaburan. Ada sahabat saya memberitahu return of investment mesti equal to total cost ownership baru berbaloi. Tp sy melihat term ayat ini dari sudut yang berbeza. Saya melihat dari pelaburan untuk mendapat cinta dan kasih sayang. Terdapat manusia sanggup  berkorban apa saja untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta daripada orang yang tersayang. Yela..cinta itu buta..membutakan segalanya..

Tapi apabila setiap pengorbanan yang diberikan tak pernah dihargai oleh pasangan, itu yang menjadi masalah. Bila saya banyak membaca sebenarnya perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bila dimana seseorang itu ikhlas pada niat, jujur atas setiap perbuatan,tak pernah berkira dah tak pernah merungut. membuatkan orang mengambil kesempatan diatas kelemahan kita ini. Ini yang tak patut. Tapi tak dinafikan dalam dunia ini manusia macam2. So tak mustahil kita akan mengenali orang2 yg sebegini.

Tapi jika setiap pengorbanan kita dihargai memang bahagialah hidup kita, tapi jika sebaliknya anggaplah ujian atau dugaan dari yang Maha Esa. Memang perit untuk menerima cinta dan pengorbanan kita dikhianati tapi jika kita tangisi air mata darah sekalipun ia tak akan mengubah apa pun. Yang penting kita kena bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Kita kena ingat apa yg kita impikan tak semestinya kita akan dapat. Pelbagai halangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum mengecapi erti bahagia. Bahagia pula terbahagi dalam konteks yg berbeza. Asalkan kita bahagia dengan apa yang kita lalui sekarang itu sudah cukup. biarlah kita bahagia dengan cara kita. yang penting jangan aniaya manusia lain. dan adakah kita bahagia dengan mengambil kesempatan ke atas perasaan cinta seseorang pada kita.tepuk dada tanya pada hati..hati tak pernah berbohong..

Pengorbanan vs Pelaburan..

Berbalik kepada kenyataan sahabat saya..betul katanya..Alangkah indahnya jika Return of Investment equal to Total Cost Ownership ataupun berganda lagi yg kita dapat. Tapi jika pelaburan yang sia2..adakah kerugian itu dpt ditanggung oleh si pelabur..cost perasaan, masa,wang ringgit..fikir-fikirkan..dan selamat beramal =)

*Tapi semua orang nak pelaburan yang mendatangkan keuntungan..siapa yg nak pelaburan yg ada risk..tp pelaburan dlm soal hati dan perasaan very high risk..sebab kesannya berpanjangan..makan dalam kata org..wuhuhuhu..ntah apalah yg saya melalut nie kan..jumpa lagi n peace!

No comments:

Post a Comment