Monday 26 March 2012

Return Of Investment

Salam..

Return of Investment dalam konteks perniagaan maksudnya pulangan dari pelaburan. Ada sahabat saya memberitahu return of investment mesti equal to total cost ownership baru berbaloi. Tp sy melihat term ayat ini dari sudut yang berbeza. Saya melihat dari pelaburan untuk mendapat cinta dan kasih sayang. Terdapat manusia sanggup  berkorban apa saja untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta daripada orang yang tersayang. Yela..cinta itu buta..membutakan segalanya..

Tapi apabila setiap pengorbanan yang diberikan tak pernah dihargai oleh pasangan, itu yang menjadi masalah. Bila saya banyak membaca sebenarnya perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bila dimana seseorang itu ikhlas pada niat, jujur atas setiap perbuatan,tak pernah berkira dah tak pernah merungut. membuatkan orang mengambil kesempatan diatas kelemahan kita ini. Ini yang tak patut. Tapi tak dinafikan dalam dunia ini manusia macam2. So tak mustahil kita akan mengenali orang2 yg sebegini.

Tapi jika setiap pengorbanan kita dihargai memang bahagialah hidup kita, tapi jika sebaliknya anggaplah ujian atau dugaan dari yang Maha Esa. Memang perit untuk menerima cinta dan pengorbanan kita dikhianati tapi jika kita tangisi air mata darah sekalipun ia tak akan mengubah apa pun. Yang penting kita kena bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Kita kena ingat apa yg kita impikan tak semestinya kita akan dapat. Pelbagai halangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum mengecapi erti bahagia. Bahagia pula terbahagi dalam konteks yg berbeza. Asalkan kita bahagia dengan apa yang kita lalui sekarang itu sudah cukup. biarlah kita bahagia dengan cara kita. yang penting jangan aniaya manusia lain. dan adakah kita bahagia dengan mengambil kesempatan ke atas perasaan cinta seseorang pada kita.tepuk dada tanya pada hati..hati tak pernah berbohong..

Pengorbanan vs Pelaburan..

Berbalik kepada kenyataan sahabat saya..betul katanya..Alangkah indahnya jika Return of Investment equal to Total Cost Ownership ataupun berganda lagi yg kita dapat. Tapi jika pelaburan yang sia2..adakah kerugian itu dpt ditanggung oleh si pelabur..cost perasaan, masa,wang ringgit..fikir-fikirkan..dan selamat beramal =)

*Tapi semua orang nak pelaburan yang mendatangkan keuntungan..siapa yg nak pelaburan yg ada risk..tp pelaburan dlm soal hati dan perasaan very high risk..sebab kesannya berpanjangan..makan dalam kata org..wuhuhuhu..ntah apalah yg saya melalut nie kan..jumpa lagi n peace!

Friday 23 March 2012

Saya Sayang Kamu

salam

Kebelakangan ini banyak yang kita dengar dan baca tentang remaja yang diculik. Walaupun saya tidak mempunyai seorang anak atau adik yang masih bergelar remaja tapi saya masih mempunyai anak-anak sepupu yang seusia remaja linkungan 12 thn - 20 thn. Membaca berita kehilangan remaja di dada akhbar atau secara online membuatkan hati saya bimbang jika berlaku sesuatu pada anak2 sepupu terdekat saya. Saya memang rapat dengan diorang. Dan saya memang mementingkan hubungan kekeluargaan.  Tapi setiap kali membaca sesuatu yang tak baik saya panjatkan doa semoga ALLAH jauhkan segala musibah itu menimpa keluarga saya. Minta dijauhkan. 

Kehilangan anak remaja samada diculik atau mengikut teman lelaki itu adalah satu isu. Tapi kita sebagai ibu bapa jadikan anak itu sebagai kawan atau sahabat kita. srapati mereka upaya mereka dapat share apa yang mereka nak dari kita sebagai ibu bapa mereka. saya memang tidak pandai nak mengajar semetelah lagi saya belum menjadi seorang ibu tapi hati ini dianugerahkan sikap mengambil berat. mungkin juga sebab saya adalah seorang wanita. bila terbaca tentang sesuatu kehilangan, saya dapat rasakan hati seorang ibu yang risaukan keadaan anaknya yang diculik atau dilarikan atau memang melarikan diri.

Saya yang dah menghampiri umur hmpr 30 tahun nie..wuhuhu..seram je umur tue.tp apa ada pada umur kan klu umur bertambah pun kita masih tidak matang..hurmm..berbalik pada apa yg saya nak gtau, dgn umur saya yg mcm nie pun mak saya tetap risaukan saya. ke mana saya pergi mesti saya update kat mak saya. sebab tue saya dapat rasakan kerisauan seorang ibu pada anaknya apatah lagi adik2 kita yang muda belia ini..hurrmmm..

saya tak mahu menuding jari untuk menyalahkan sesiapa sebab saya pun tak tahu masalah mereka di luar sana. tapi pengalaman berhadapan dengan pelajar2 saya yang bermasalah membuatkan saya banyak berfikir. biarlah saya simpan apa yang mereka share pada saya. tapi insyallah saya cuba membantu apa yang patut untuk selesaikan kemelut mereka. 

Mana yang mendengar kata..alhamdullilah saya panjatkan kesyukuran tetapi ada juga yang mengambil keputusan yang drastik, tapi saya tak boleh memaksa itu kehendak mereka. remaja yang tengah memberontak kita mmg tak boleh paksa mereka mengikut kehendak kita. zaman kita tak sama dengan zaman mereka sekarang.cuma yang termampu saya lakukan iaitu share pengalaman saya pada mereka untuk berikan mereka motivasi menempuhi hidup yang mencabar ini.

Saya memang sayang pada anak-anak remaja ini..sayang sangat sebab mereka semua harapan bangsa untuk akan datang. Saya ingin menjadi seorang sahabat kepada mereka supaya saya boleh mendengar luahan hati mereka tapi yelah setakat mana yang saya termampu..Cuma saya mampu panjatkan doa  semoga adik-adik remaja dilindungi dengan rahmat ALLAH.amin..

* K.long (Nurhana Fatihah), K.Chik (Nurhana Nasuha)..Che Ngah sayang korang..salam sayang n jaga diri baik2 k.. :)

Thursday 22 March 2012

Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air,serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita sebagai hambaNya.

....sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...(Ibrahim:34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyedarinya, kita menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu....renungkanlah dan bersyukurlah..

* Kredit untuk buku Jangan Bersedih..hadiah dari seorang sahabat. Thanks ana..Insyallah al-Quran dan buku ini akan jd panduan dan peneman hidup wid :)

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya

Nasihat Yusof Al-Qardhawi...


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: 
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: 
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: 
"Bahkan !" 

Rasulullah menyambung: 
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" 

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.Doa ketika duduk antara dua sujud...


Sharing is Caring..thanks to Dunia Macam-macam..:)

Doa ketika duduk antara dua sujud


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)
Biarlah kita tinggalkan dunia ini dengan sesuatu kebaikan untuk orang lain..amin..

Tuesday 20 March 2012

Kesabaran VS Cheese Cake

Kita sebagai hambaNya tidak terlepas dari dugaan dan ujian. Semua ini perlu kita tempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Sifat sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).
Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu jugalah ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dan membuat kebajikan. Allah menjanjikan balasan yang baik dan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar.
Ini dapat dihayati melalui maksud firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).
Insyallah dengan izinNya saya mampu lagi bersabar dengan setiap ketentuan takdir yang berlaku kepada saya. Dan antara sebab ini saya mampu bersabar dengan setiap ujian Allah. Setiap ujian yang diberikan insyallah saya masih mampu untuk menerimanya.
Memetik kata seorang sahabat..'Allah tak kan bagi ujian dan dugaan kepada hambaNya yang tak mampu untuk tangani ujian itu. Dan saya antara orang yang terpilih untuk diuji. Terima dengan redha dan selalu mengingatiNya'. Setiap dugaan dan ujian lagi mendekatkan saya dengan Pencipta. Terima kasih Ya Allah.
* Berkenaan Cheese Cake tue hanya buat sebagai tajuk..:) 
Menahan perasaan geram dengan perangai manusia2 yang tak pernah penat melayan kita dengan cara yang 'baik' membuatkan malam tadi saya menghabiskan 1/4 cheese cake my fav cake depan tv smbl tonton citer Bukan Untukmu di TV9. huhuhu..BERSABARLAH selagi termampu...peace n jumpa lagi.. :)
*Terima kasih buat teman serumah sy yg buat cheese cake tue..sedap n lemak berkrim..nyummy!nyummy!nnt buat lagi tau..

Monday 19 March 2012

Jika Allah Belum Makbulkan Doamu

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.

Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…

Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.

Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita

Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.

Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

Sabda Rasulallah Saw:

“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Sharing is caring..dari Dunia Macam-Macam..thanks to u.. :)

Wednesday 14 March 2012

Suatu Janji

Perjanjian amat mudah dilafazkan tapi tak pernah bertetapan dgn kata hati. Memetik sedikit baris lagu 'kata janji bukan ukuran..hanya sejati dalam diri..''. Hanya diri yg memahami erti sebuah janji..janji yang mudah dilafazkan..tp mudah juga dilupakan. sy percaya ramai di luar sana dah terbiasa dengan perkataan JANJI..janji itu..janji ini..tp kesudahannya..janji tinggal janji..jangan berjanji jika kita merasakan diri kita tidak berkemampuan untuk menunaikan janji tersebut. sebab janji ini akan dituntut tidak di dunia pasti di akhirat kelak. Janji ini diibarat sebagai pengikat..Tapi percayalah biarlah kita berpegang pada janji Allah..hanya janji Allah adalah pasti dan benar..


Thursday 8 March 2012

Salam Pengenalan

Assalam..welcome to my blog..hurm..tiada apa yg sy nak share..just menulis ikut kata hati..insyallah mayb apa yang sy share ada manfaat untuk org lain..kehidupan ini suatu percaturan..tersilap catur..mungkin kita sedikit goyang..mengambil kata-kata sahabat saya, pengalaman sebenarnya tak cukup mematangkan kita kalau kita masih membuat kesalahan yang sama dan tidak mengambil iktibar dari pengalaman tersebut. tapi biasalah kita sebagai manusia mudah lupa..bak kata Tun Mahathir melayu mudah lupa..;)

Cuma kita perlu berpaksi kepada hati yang baik..insyallah segalanya akan jadi baik..saya bukan penulis yang baik..tapi sy akan cuba menulis untuk memberikan sesuatu yang baik..jumpa lagi..:)