Tuesday 20 March 2012

Kesabaran VS Cheese Cake

Kita sebagai hambaNya tidak terlepas dari dugaan dan ujian. Semua ini perlu kita tempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Sifat sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).
Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu jugalah ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dan membuat kebajikan. Allah menjanjikan balasan yang baik dan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar.
Ini dapat dihayati melalui maksud firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).
Insyallah dengan izinNya saya mampu lagi bersabar dengan setiap ketentuan takdir yang berlaku kepada saya. Dan antara sebab ini saya mampu bersabar dengan setiap ujian Allah. Setiap ujian yang diberikan insyallah saya masih mampu untuk menerimanya.
Memetik kata seorang sahabat..'Allah tak kan bagi ujian dan dugaan kepada hambaNya yang tak mampu untuk tangani ujian itu. Dan saya antara orang yang terpilih untuk diuji. Terima dengan redha dan selalu mengingatiNya'. Setiap dugaan dan ujian lagi mendekatkan saya dengan Pencipta. Terima kasih Ya Allah.
* Berkenaan Cheese Cake tue hanya buat sebagai tajuk..:) 
Menahan perasaan geram dengan perangai manusia2 yang tak pernah penat melayan kita dengan cara yang 'baik' membuatkan malam tadi saya menghabiskan 1/4 cheese cake my fav cake depan tv smbl tonton citer Bukan Untukmu di TV9. huhuhu..BERSABARLAH selagi termampu...peace n jumpa lagi.. :)
*Terima kasih buat teman serumah sy yg buat cheese cake tue..sedap n lemak berkrim..nyummy!nyummy!nnt buat lagi tau..

2 comments: