Nasihat Yusof
Al-Qardhawi...
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah
apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa
didalamnya.
Sabda Rasullullah:
"Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan
doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk
kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang
dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang
banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok,
kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga
pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah
disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku
yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka
dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan
unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"
Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"
Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)
muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia),
segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya
wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat
(kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan
malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka
dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di
mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu
mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api
neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita
berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan
menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.Doa ketika duduk
antara dua sujud...
Sharing is Caring..thanks to Dunia Macam-macam..:)
No comments:
Post a Comment